Terdapat dua pendapat yang mengulas tentang asal usul ‘wacana’. Pendapat pertama mengatakan bahawa ‘wacana’ berasal daripada kosa kata Jawa, iaitu ‘Wocono’. ‘Wocono’ ini pula berasal daripada perkataan ‘Woco’ yang membawa maksud baca. Pendapat kedua pula mengatakan bahawa wacana sebenarnya berasal daripada perkataan Inggeris, iaitu ‘discourse’ yang berasal daripada bahasa Latin iaitu ‘discursus’ yang bermaksud ‘larian ke dan lari’.
Secara
konsepnya, wacana melibatkan dua aspek yang penting iaitu proses dan produk.
Proses wacana ini melibatkan kognitif iaitu akal fikiran kita semasa
menghasilkan sesuatu wacana. Hasil yang diperoleh daripada proses wacana tadi
boleh dilihat dalam bahan yang boleh dibaca atau didengari. Wacana juga
mempunyai struktur yang dalaman dan luaran. Struktur dalaman merujuk kepada
makna seperti tautan dan runtutan. Bagi struktur luaran pula merujuk kepada
struktur yang wujud secara grafik atau fonik seperti struktur tema dan struktur
maklumat.
Wacana
melibatkan jaringan ayat yang mempunyai batasan, iaitu awal dan akhir. Antara
batasan ini akan wujud jaringan ayat melalui susunan yang bermakna melibatkan
ayat awal dan ayat yang mengikutinya.
Wacana
merupakan kesatuan bahasa yang lengkap dan berada pada peringkat yang paling
tinggi dalam pertuturan dan penulisan untuk menyampaikan buah fikiran,
perasaan, dan lain-lain keperluan.
Dapatlah
disimpulkan bahawa, wacana bukan kesatuan bahasa yang hanya terdiri daripada
kata atau ayat seperti yang dikatakan oleh sesetengah orang. Menurut Adenan
Ayob (2010:86), kesatuan bahasa yang paling lengkap dan luas atas kalimat atau
klausa dengan koheran atau kohesi tinggi, bersenimbangan dan mempunyai awalan
dan akhiran nyata yang disampaikan secara lisan atau bertulis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan