Latar belakang wacana
Menurut Sanat Md. Nasir
(2002:1-8 dan12-18), wacana sebagai bidang kajian mempunyai sumber sejarahnya
yang panjang, iaitu bermula dengan peradaban keagamaan yang mengkaji kitab
agama, seperti teks Veda sejak 1200-1000 S.M. Malah, jika disorot lagi, zaman
suhuf-suhuf dan risalah nabi-nabi Allah jauh lebih awal, seawal Nabi Adam.
Dalam tradisi Barat pula, wacana
mendapat sumber sejarahnya daripada retorik klasik seawal abad kelima sebelum
Masihi. Bidang ini mendapat tumpuan dalam aliran linguistik awal oleh Aristotle
(384-322 S.M.) melalui retorik dan seterusnya, aliran Stoik oleh Zeno pada 300
S.M.
Retorik klasik mula malap dengan
munculnya linguistik sejarah dan perbandingan pada awal abad ke-19. Pada awal
abad ke-20 lahir aliran struktural yang mempengaruhi formalis Rusia dan
strukturalis aliran Praha seperti pada Morphology of the Folktale oleh Propp
(1928) dan tentang perspektif ayat tugasan oleh Mathesius (1939). Daripada
beliaulah lahir konsep struktur tema dan struktur maklumat yang menjadi asas
runtutan teks.
Di Great Britain, telah berkembang
aliran Firth (1935) yang menghubungkan bahasa dengan sekitarannya melalui
konsep keperihalan keadaan Malinowski. Di Amerika Syarikat pula terdapat
tulisan yang menggunakan ungkapan analisis wacana oleh Harris (1952). Beliau
menggunakan prosedur formal tentang penyebaran struktur kelas keserupaan yang
melebihi ayat.
Analisis wacana moden bermula pada
pertengahan 1960-an dengan terbitnya analisis struktural wacana di Perancis. Di
Amerika Syarikat terdapat aliran tagmemik yang dipelopori oleh Pike, etnografi
pertuturan oleh Hymes dan aliran tatabahasa stratifikasi oleh Lamb. Di Jerman
pula, muncul aliran linguistik teks oleh Hartmann. Dan di Great Britain, wujud
aliran tatabahasa fungsional oleh Halliday yang seterusnya dikenali dengan
linguistik sistemik. Halliday (1962) dalam artikelnya, “Descriptive Linguistics
in Literary Studies”, dikatakan telah membuat penyataan awal tentang tautan
yang seterusnya kepada pemahaman struktur wacana. Ruqaiya Hassan (1964) dalam
tesis Ph.Dnya memperkukuh konsep tautan Halliday tersebut. Pemuka aliran
stratifikasi.
Gleason (1968), berpendapat
dalam struktur wacana terdapat dua konstituen semologi, iaitu jalur peristiwa
dan jalur peserta. Menurut beliau, tautan berada dalam jalur peserta. Dekad
1960-an ini menandakan perkembangan awal analisis wacana moden yang lebih
bersifat deskriptif dan struktural terhadap genre wacana popular atau peribumi.
Aliran ini bergerak bebas dan bertentangan dengan aliran linguistik semasa,
iaitu tatabahasa transformasi generatif.
Analisis wacana pada dekad 1970-an
merupakan analisis secara sistematis dalam disiplin yang sama atau antara
disiplin. Perkembangan ini merupakan tentangan terhadap tatabahasa formal dan
bebas konteks transformasi generatif. Antara terbitan yang besar dalam tempoh
itu ialah Halliday dan Hasan (1976). Mereka menghasilkan Cohesion in English
yang oleh Brown dan Yule (1983:190) dikatakan paling komprehensif dan piawai
dalam bidang tautan. Malah, dalam Sanat (2002:18) terdapat kesimpulan bahawa
daripada 17 buah disertasi Ph.D di luar negara tentang tautan sehingga 1993, 15
buah daripadanya menggunakan kerangka sistemik Cohesion in English.
Dekad 1980-an dan awal 1990-an
menjadikan analisis wacana lebih padu dan berkembang, dan pada waktu yang sama
merencam dan mengkhusus. Antara terbitan yang besar dalam tempoh tersebut ialah
Beugrande dan Dressler (1981), Introduction to Text Linguistics, Longacre
(1983), The Grammar of Discourse, Halliday (1985), An Introduction to
Functional Grammar, Martin (1992), English Text: System and Structure, dan Cook
(1994), Discourse.
Jika dilihat perkembangan pada dekad
pertengahan 90-an dan awal abad ke-21, didapati analisis wacana memasuki tahap
kritis seperti dalam Fairclough (1995,2001 dan 2003). Malah, beliau telah
menghasilkan karya lebih awal daripada itu seperti Discourse and Social Change
pada 1992. Seperti yang dinyatakan di atas, analisis wacana ini lebih
menumpukan pada usaha membongkar kuasa yang ada dalam setiap proses bahasa
kerana bahasa dilihat sebagai representasi yang memproduksi dan mereproduksi
makna
Latar
belakang wacana bahasa Melayu
Menurut Sanat Md. Nasir (2002:
9-12), kajian wacana bahasa Melayu masih baru. Ada pendapat yang mengatakan
Muhammad Yunus Maris (1966) merupakan perintis analisis wacana dalam bahasa
Melayu dengan menggunakan teknik keperihalan keadaan untuk menerangkan
penggunaan ganti nama.
Setakat yang terkumpul, Harimurti
Kridalaksana (1970: 1), menulis makalah beliau “NYA sebagai penanda anafora”.
Pada tahun 1978, beliau telah menulis kertas kerja yang bertajuk “Keutuhan
Wacana” dan diterbitkan sebagai artikel dalam Jurnal Dewan Bahasa. Artikel itu
membahaskan keutuhan wacana sebagai salah satu aspek analisis wacana.
Penelitian beliau kelihatan terpengaruh dengan aliran tagmemik dan linguistik
teks. Demikianlah juga aliran tagmemik digunakan dalam Ph.D. Aja-miseba (1978).
Kerancakan penyelidikan tentang wacana
bahasa Melayu berlaku dalam tahun 1980-an, iaitu sepuluh tahun selepas wacana
sebagai satu disiplin rancak di Eropah dan di Amerika Syarikat. Pemaparan
penyelidikan itu berupa artikel, disertasi dan buku. Asmah (1980a dan 1980b)
telah menulis dua buah artikel dalam Jurnal Dewan Bahasa, yang masing-masing
bertajuk “Analisis Wacana” dan “Pengajaran Bahasa untuk Kemahiran Berkomunikasi:
Pendekatan Wacana”. Dalam artikel yang pertama itu, beliau telah menunjukkan
penggunaan tiga jenis analisis wacana, iaitu kaedah Harris, kaedah Becker, dan
kaedah Sinclair dan Coulthard. Artikel lain seperti Lufti Abas (1982) dan
Soenjono Dardjowidjojo (1985).
Selain yang berbentuk artikel,
penyelidikan wacana juga telah dilakukan secara serius di peringkat latihan
ilmiah, sarjana dan kedoktoran. Daripada bibliografi latihan ilmiah yang
diusahakan oleh Ismail (1994) dari tempoh 1977 hingga 1994, didapati latihan
ilmiah yang berkaitan dengan wacana hanya muncul mulai tahun 1984. Terdapat 14
buah latihan ilmiah tentang kajian wacana sejak tahun tersebut hinggalah tahun
1989. Penelitian di peringkat sarjana sepanjang tempoh tahun 1980-an setakat
yang terkumpul ialah Sucipto (1987) dan Wong (1988). Sucipto melihat unsur
tautan manakala Wong, kesinambungan topik.
Di peringkat disertasi kedoktoran pula,
termasuklah Abdul Aziz Idris (1982), Farrerty (1982), Azhar M. Simin (1983),
dan Tallei (1988). Abdul Aziz berfokus pada aspek struktur tema dan sistem
hubungan logikal dalam teks pendedahan bahasa Melayu dan Inggeris. Rafferty
pula melihat struktur wacana bahasa Indonesia yang dituturkan oleh orang Cina
di Malang, Indonesia. Azhar pula meneliti sintaksis wacana yang dalam bahasa
Malaysia sedangkan Tallie, dengan menggunakan pendekatan analisis wacana, cuba
mengkaji keterpaduan, keruntutan, dan keterbacaan wacana buku pelajaran bahasa
Indonesia di peringkat sekolah dasar.
Penelitian wacana sepanjang tahun
1980-an dalam bentuk buku dan sebahagian daripada buku dapat dilihat seperti
dalam Asmah (1987: 108-127) tentang teks saintifik, Tarigan (1987) Pengajaran
Wacana dan Tata Bahasa Baku Bahasa Indonesia (1988: 334-360).
Dekad awal 1990-an diperteguh dengan
kerancakan penelitian tentang wacana bahasa Melayu seperti yang ditunjukkan
oleh peneliti berikut. Sato (1991) menghasilkan tesis Ph.D. dengan tajuk
“Analisis Nahu Wacana Bahasa Melayu Klasik Berdasarkan Teks Hikayat Hang Tuah”.
Tumpuan beliau pada hubungan antara susunan ayat yang logikal dengan susunan
maklumat. Perhatian juga diberikan terhadap analisis tetenunan dalam ayat yang
berkaitan dengan hubungan tersebut.
Soeseno (1992) dalam syarahan perdana
sempena pengukuhan beliau sebagai profesor telah memilih tajuk “Analisis Wacana
dan Penerapannya”. Dalam syarahan itu, beliau secara meluas menyentuh
topik-topik seperti analisis wacana sebagai cabang ilmu bahasa, perbezaan
antara wacana lisan dengan tulisan, konteks situasional, prinsip interpretasi lokal
dan analogi, implikatur, presuposisi, inferensi, referensi, pronominal, kohesi,
koherensi dan pengetahuan tentang dunia. Di hujung syarahan beliau itu, ada
dimuatkan contoh-contoh analisis wacana.
Manakala peneliti lain yang menghasilkan
artikel atau kertas kerja, seperti Samsuri (1992), Ramlan (1992), Ebah (1992),
Wong (1992;1993), Sanat (1992;1994;1995a dan 1995b;1996a dan 1996b), Dede
Oetomo (1993), Ismail (1993;1994) dan Zahrah (1995).
Jika ditinjau dari segi penghasilan
latihan ilmiah dalam bidang ini bagi tempoh 1990 hingga 1994 di Malaysia,
terdapat 17 buah, iaitu 15 buah dari Jabatan Linguistik, Universiti Kebangsaan
Malaysia, dan dua buah dari Rancangan Bahasa Melayu, Universiti Malaya. Dua
buah latihan ilmiah itu terdiri daripada Hasnah (1994), “Analisis Tautan dalam
Wacana Bahasa Melayu” dan Tan (1994), “Tautan dalam Bahasa Melayu”. Kedua-dua
latihan ilmiah tersebut menggunakan kerangka Halliday dan Ruqaiya Hasan (1976).
Seperti yang telah dinyatakan di atas,
wacana sebagai bidang kajian dalam penelitian bahasa Melayu masih baru. Hal ini
berlaku kerana beberapa sebab. Antaranya, wacana sebagai satu disiplin hanya
berlaku pada tahun 1970-an di Eropah dan di Amerika Syarikat. Biasanya,
kesannya akan memakan waktu antara 5 hingga 10 tahun untuk sampai ke sini. Pada
waktu yang sama, aliran transformasi generatif yang dipelopori Chomsky masih
kuat bertapak sehingga kebanyakan ahli bahasa kita yang belajar di peringkat
kedoktoran dalam tempoh itu telah terpengaruh dengan aliran tersebut.
Selain itu, kajian wacana sebagai mata
kursus peringkat sarjana muda di universiti tempatan masih belum menyeluruh.
Lufti, Sanat dan Nuwairi (1985) telah membuat tinjauan tentang pengajaran
linguistik di Malaysia dari segi konsep dan aliran, dan didapati hanya Jabatan
Linguistik, Universiti Kebangsaan Malaysia yang ada menawarkan kursus tersebut.
Bahkan, kursus itu pun dianggap umum
sebab sekadar menyatakan topik tentang teori sintaksis yang boleh dilihat
daripada aliran lain yang bukan wacana, seperti tranformasi generatif.
Pada awal tahun 1990 diberitahu bahawa
di IKIP Malang, Unika Atma Jaya dan di Universitas Indonesia di Indonesia masih
belum ada kursus seumpama itu di peringkat ijazah pertama. Demikian juga di
Jabatan Pengajian Melayu, National University of Singapore. Sebaliknya,
Pengajian Bahasa Malaysia, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains
Malaysia sudah menawarkan kursus “Analisis Wacana” di peringkat ijazah dasar
bagi sesi 1989/90. Di Rancangan Bahasa Melayu, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti
Malaya kursus tersebut hanya dapat dimulakan pada sesi 1993/94 dengan tajuk
“Tatabahasa Wacana Bahasa Melayu”. Jabatan Pengajian Melayu, Fakulti Bahasa
Moden, Universiti Pertanian Malaysia belum lagi menawarkan kursus yang seumpama
itu pada sesi 1995/
Ciri
– ciri wacana
Menurut Beaugrande dan Dressler
(1981:81), terdapat tujuh ciri ketekstualan yang perlu dipenuhi untuk
menghasilkan wacana yang utuh, iaitu tautan, runtutan, tujuan, penerimaan,
maklumat, keadaan dan interteks.
Namun menurut Asmah Haji Omar dalam
artikel Jurnal Dewan Bahasa yang bertajuk “ Analisis Wacana “ pula terdapat
lapan unsur-unsur penting dalam wacana iaitu:
I. satuan bahasa
II. terlengkap
III. mengatasi ayat atau klausa
IV. teratur atau tersusun rapi
V. berkesinambungan
VI. kohesi
VII. lisan atau tulisan
VIII. awal dan akhir yang nyata.
Menurut Nik Safiah Karim dalam
Tatabahasa Dewan edisi Ketiga pula, terdapat dua ciri utama dalam sebuah wacana
yang utuh iaitu, kohesi (atau tautan) dan koheren (atau runtutan). Menurut beliau
lagi, terdapat juga ciri-ciri yang lain termasuklah tujuan sesuatu wacana,
penerimaan oleh pendengar atau pembaca, maklumat yang terkandung, keadaan yang
mewujudkan wacana dan interteks atau peranan wacana–wacana lain yang membantu
pendengar atau pembaca memahaminapa yang didengar atau dibaca.
·
Tautan
atau kohesi
Tautan atau kohesi ialah keserasian
hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain dalam
sesebuah wacana untuk menghasilkan wacana yang mantap. Keserasian hubungan ini
lazimnya dilihat melalui hubungan antara sesuatu perkataan, frasa atau ayat
dengan perkataan, frasa atau ayat lain yang terdapat dalam wacana tersebut.
Tautan penting kerana tautan dapat mewujudkan kesinambungan antara sebahagian
teks dengan yang lain sehingga membentuk suatu kesatuan. Kohesi juga merujuk
kepada idea atau esei yang dijalin rapi hingga menjadi bersepadu.
Kohesi juga disebut sebagai organisasi
sintaktik yang mana merupakan wadah ayat-ayat yang disusun secara padu dan juga
padat. Perkara ini bermaksud kohesi adalah hubungan di antara ayat di dalam
sebuah wacana tidak kira sama ada dari segi strata gramatikal mahupun strata
leksikal tertentu. Penguasaan dan pengetahuan kohesi yang begitu baik akan
dapat menghasilkan wacana yang baik.
“Tautan merupakan satu set
kemungkinan yang wujud dalam bahasa untuk menjadikan suatu teks itu
berkesatuan”
(Halliday dan Hasan:1976)
Menurut Halliday dan Hasan lagi,
"Cohesion is expressed through the strata organization of language.
Language can be explained as a multiple coding system comprising three levels
of coding or 'strata'. The semantic (meaning), the lexicogrammatical (forms) and
the phonological and orthographic (expression). Meanings are realized (coded)
as forms, and the forms are realized in turn (recoded) as expressions. To put
this in everyday terminology, meaning is put into wording and wording into
sound or writing."
Halliday dan Hasan telah cuba melihat
tautan makna itu dari dua sudut iaitu tautan nahuan dan tautan leksikal.
Kedua-dua nahuan ini wujud dalam sesuatu kesatuan teks. Selain itu, kohesi juga
memperlihatkan jalinan ujaran dalam bentuk ayat bagi membentuk suatu teks atau
konteks dengan menghubungkan makna yang terkandung di dalam unsur. Kohesi juga
dikenali sebagai tetenunan, tautan, kepaduan dan sebagainya.
Contohnya:
1. Syazwani, Siti dan Faiznur
ke perpustakaan.
2. Mereka ke sana untuk
meminjam buku.
|
Dalam
contoh di atas, terdapat tautan antara kedua-dua ayat tersebut. Perkataan
mereka dalam ayat kedua merujuk kepada Syazwani, Siti dan Faiznur, sementara
sana merujuk kepada perpustakaan. Oleh itu, kedua-dua ayat yang mempunyai
tautan ini dianggap sebagai wacana. Tambahan pula, kedua-dua ayat ini bermakna
dan difahami.
·
Jenis-jenis
kohesi
o
Kohesi
Leksikal
Kohesi Leksikal diperoleh dengan
cara memilih kosa kata yang serasi. Ada dua cara bagi mencapai aspek kohesi
leksikel ini, iaitu reiterasi dan kolokasi.
i) Reiterasi (Pernyataan Semula)
Reiterasi atau pernyataan semula berlaku
melalui tiga cara, iaitu pengulangan kata, sinonim, superordinat dan kata-kata
umum.
a) Pengulangan Kata
Pengulangan kata ini dikenali juga
sebagai repetition. Kata yang sering kali diulang ini adalah dari 'kata isi'
(content word). Ini bermakna kata itu adalah kata yang amat penting bagi
sesuatu ayat yang dibentuk dan dibina bagi teks ataupun wacana. Kata isi ini
boleh dikenal pasti melalui dua cara. Cara yang pertama ialah kata itu atau
'kata isi' tersebut akan dijadikan sebagai unsur yang tidak boleh ditinggalkan
ataupun tidak digunakan jika diperkatakan di dalam intipati teks. Manakala cara
yang kedua ialah jika kata tersebut tidak diulang maka berkemungkinan teks itu
akan terganggu sifat kesatuannya.
Dalam bahasa Melayu, kata yang akan
diulang itu boleh berubah bentuk dari segi ataupun sudut morfologi. Ini dapat
dikategorikan di dalam pengulangan kata ini, jika kelas kata yang diulang itu
tidak berubah.
b) Sinonim
Sinonim ialah suatu kata yang mempunyai
makna yang sama dengan 'kata seerti'. Sinonim ini digunakan kerana ianya untuk
mengelakkan kebosanan bagi pengulangan kata yang sama di dalam teks dan juga
sinonim ini memberikan variasi kepada sesuatu teks. Sesetengah kata dikatakan
sinonim adalah disebabkan kedua-duanya merujuk kepada perkara yang sama.
c) Superordinat
Superordinat ialah penggunaan kata yang
lebih khusus atau 'hiponim' kepada kata yang lebih umum atau dikenali sebagai
'hiperonim'.
Contoh :
Semua yang ada di desa seperti
kambing, biri-biri, kerbau, lembu dan ayam, harus dibuatkan kandangnya secara
teratur. Ketua Kampung mengarahkan penduduk desa membuat kandang ternakan
masing-masing.
(Tarigan, H.G. 1995: 146)
|
Superordinat bagi contoh di atas ialah
kata umum yang merujuk 'kambing, kerbau, biri-biri, ayam', iaitu 'ternakan'.
Kata 'kambing, kerbau, ayam' adalah kata khusus yang juga dikenali hiponim.
d) Kata-kata Umum
Kata-kata umum ialah kata-kata
yang tidak tentu kelasnya.
Contoh :
Bagi Awang Semaun, jika ia
beroleh sesuatu hasil perburuan atau berkarang, sebelum perolehan itu
dibawanya balik ke rumahnya…
(Harun Aminurrashid. 2001:25)
|
ii) Kolokasi
Bagi mengenal kolokasi adalah
melihat dari dua sudut, iaitu
a) dari sudut sintaksis
b) dari sudut semantik.
a) Dari Sudut Sintaksis
Contoh :
Ketika itu nama Brunei
dikenali sebagai Puni, kerana ibu kotanya bernama Puni. Pada zaman Sultan
Muhyiddin iaitu Sultan Brunei yang ke-XIV baharulah Kerajaan Brunei itu
dipindahkan ke tempat yang ada sekarang.
(Harun Aminurrashid. 2001:19)
|
b) Dari Sudut Semantik
Contoh :
Kerajaan berusaha
bersungguh-sungguh meningkatkan perhubungan di tanah air kita, iaitu
perhubungan darat, laut dan udara. Dalam bidang perhubungan darat telah
digalakkan pemanfaatan kereta api dan kenderaan bermotor. Kenderaan ini
meliputi kereta, motosikal dan lain-lain.
(Tarigan, H.G. 1995: 136)
|
1. Runtutan atau koheren
Runtutan atau koheren merupakan
kesinambungan idea yang terdapat dalam sesbuah wacana sehingga menjadikan
sesebuah teks itu bermakna. Oleh itu, runtutan merupakan asas dalam pembinaan
wacana kerana sesuatu teks itu dianggap sebagai wacana jika teks tersebut
mempunyai makna.
Contohnya:
Penyakit sindrom kurang daya
tahan atau Aids bukanlah gejala yang baharu. Penyakit ini telah lama dikesan
di beberapa buah Negara di Eropah. Walaupun bidang sains dan teknologi
berkembang maju, tetapi masalah ini masih tidak dapat diatasi.
|
Contoh di atas jelas menunjukkan
kesinambungan idea melalui perkataan Aids, gejala, penyakit dan masalah ini.
Kesinambungan idea ini telah menjadikan ayat-ayat tersebut bertaut di antara
satu sama lain untuk membentuk wacana yang bermakna. Kebanyakan wacana
mempunyai tautan untuk menjadikannya runtut. Walau bagaimanapun, teks yang
bertaut tidak semestinya runtut.
Contohnya:
Wanita itu membeli baju baharu
bewarna biru. Warna biru ialah warna kegemaran muda-mudi kini. Muda-mudi kini
ramai yang menghadapi masalah sosial.
|
Berdasarkan teks di atas, setiap ayat
mempunyai tautan. Tetapi teks tersebut tidak merupakan wacana kerana teks
tersebut tidak bermakna dan tidak difahami. Malahan, teks tersebut tidak
mempunyai kesinambungan idea atau tidak koheren. Oleh itu, untuk menghasilkan
wacana, sesuatu teks itu perlulah koheren atau runtutan.
2. Tujuan
Setiap wacana yang diujarkan sama ada
dalam bentuk tulisan atau lisan perlu mempunyai tujuan. Tujuan sesuatu wacana
ini ditentukan oleh penghasil wacana tersebut sama ada penulis atau
pembicaranya. Sesuatu wacana perlu mempunyai tujuan untuk menimbulkan interaksi
yang komunikatif. Tujuan ini akan menentukan jenis wacana yang digunakan. Jika
tujuan seseorang adalah untuk mendapatkan maklumat, ayat yang sering digunakan
ialah ayat Tanya, tetapi jika seseorang itu ingin menyatakan atau menerangkan
sesuatu, ayat yang digunakan ialah ayat penyata.
3. Penerimaan
Sesuatau wacana sama ada lisan atau
tulisan, perlu mempunyai pendengar atau pembaca. Pendengar dan pembaca
merupakan penerima sesuatu wacana. Tahap penerimaan seseorang itu tinggi jika
pendengar atau pembaca memahami sepenuhnya wacana yang diujarkan sama ada dalam
bentuk tulisan atau lisan. Oleh itu, tahap penerimaan adalah tinggi apabila
tahap tujuan sama dengan tahap penerimaan.
4. Maklumat
Setiap wacana mempunyai maklumat.
Maklumat terdiri daripada dua jenis, iaitu maklumat lama dan maklumat baharu.
Maklumat lama ialah maklumat yang telah dinyatakan terdahulu. Maklumat baharu
pula ialah maklumat yang baru sahaja dinyatakan dengan andaian pendengar atau
pembaca tidak mengetahui maklumat itu sebelum ini.
Contohnya:
(1) Puan Rita mengajar di
sekolah menengah.
(2) Sekolah itu sekolah
berasrama penuh.
|
Sekolah itu dalam ayat (2)
merupakan maklumat lama kerana telah dinyatakan dalam ayat sebelumnya. Sekolah
berasrama penuh ialah maklumat baharu kerana baru disebutkan dalam ayat itu.
5. Keadaan
Ciri seterusnya ialah keadaan. Keadaan
ialah latar sewaktu bahasa itu digunakan, dan membantu pendengar atau pembaca
memahami sesuatu wacana. Ungkapan “Sila masuk”, misalnya, difahami kerana
digunakan dalam keadaan latar seseorang mempelawa seorang lain masuk ke dalam
bilik atau rumahnya. Dalam kehidupan sehari-hari terdapat pelbagai jenis latar,
misalnya latar rumah tangga, latar tempat kerja, latar tempat membeli-belah,
latar berekreasi, latar beribadat, dan bermacam-macam lagi. Setiap latar
menghasilkan wacana tersendiri.
Setiap wacana perlu dikaji kaitan dan
kedudukan penutur dalam masyarakat secara amnya yang akan menentukan gaya
wacana sama ada gaya formal atau tidak formal. Gaya formal, contohnya, wujud
apabila seseorang guru pelatih berkomunikasi dengan pensyarah, murid atau
pelajar berhubung dengan guru. Gaya tidak formal adalah gaya yang wujud dalam
hubungan biasa antara rakan. Hubungan ini menghasilkan kesan dialek sosial
dalam pertuturan.
Wacana harus ada tujuan yang menentukan
sesuatu jenis ayat. Contohnya, jika tujuan penutur adalah untuk melaksanakan
sesuatu perbuatan , jenis ayat yang terbentuk ialah ayat perintah. Begitu juga
jika tujuan penutur adalah untuk mendapatkan maklumat, jadi ayat yang terbentuk
ialah ayat Tanya.
Sesuatu wacana mesti berdasarkan kaitan
antara penutur dengan pendengar dalam bahasa lisan dan penulis dengan pembaca
dalam bahasa tulisan. Tiap-tiap wacana tidak boleh dimansuhkan maklumat yang
bertentangan dengan maklumat yang terdapat dalam ayat sebelumnya.
Contohnya:
“Kelmarin dia tidur sehari
suntuk.” “Kelmarin dia tidur sehingga jam 9.00 pagi.”
|
Dalam
wacana perlu ada unsur-unsur susun atur menurut sebab, akibat, tempat, waktu,
keutamaan dan sebagainya. Tegasnya, ayat-ayat itu harus mempunyai urutan yang
berkait rapat. Misalnya:
“Cikgu Shafie mengajar dengan
penuh dedikasi.” “ia mendapat pujian daripada guru besar.”
Setiap wacana harus mempunyai andaian
dan inferensi. Maklumat pertama dalam wacana digelar andaian manakala maklumat
berikutnya disebut inferensi. Dalam tatabahasa tradisional, andaian digelar
judul dan inferensi disebut ulasan. Inferensi manambah maklumat kepada andaian
dan lazimnya bahagian ini diberi tekanan suara yang tinggi. Misalnya:
6. Interteks
Interteks bermaksud sesuatu wacana itu
bergantung kepada wacana yang lain. Hal ini beerti wacana-wacana lain juga
memainkan peranan penting untuk membantu seseorang memahami sesuatu wacana yang
sedang dibaca atau didengarinya dengan mudah. Dengan kata lain, kefahaman
seseorang terhadap sesebuah wacana bergantung kepada pengetahuannya terhadap
perkara yang dibaca atau didengarnya itu.
Jenis-jenis
wacana
Umumnya wacana dapat dibahagikan
kepada dua jenis, iaitu wacana lisan dan wacana tulisan.
Wacana lisan ialah wacana yang
dihasilkan melalui media lisan, iaitu melibatkan pembicara dan pendengar.
Komunikasi yang terlibat dalam wacana lisan ini ialah komunikasi interaktif,
iaitu komunikasi yang melibatkan hubungan pembicara dan pendengar secara langsung.
Dalam wacana lisan, pembicara biasanya akan menggunakan ekspresi wajah,
intonasi suara, gerak badan dan sebagainya untuk menyampaikan sesuatu maklumat
kepada pendengar. Biasanya dalam wacana lisan, pembicara akan mendapat respon
daripada pendengar pada ketika itu juga. Antara contoh wacana lisan adalah
menerusi perbualan, temu ramah, ceramah, khutbah, pidato dan siaran televisyen
atau radio.
Wacana tulisan pula ialah wacana yang
disampaikan secara bertulis. Wacana tulisan melibatkan hubungan antara penulis
dengan pembaca.komunikasi yang terlibat ialah komunikasi tidak langsung, iaitu
komunikasi satu arah. Penulis tidak berhadapan dengan pembaca sewaktu wacana
tersebut dihasilkan. Oleh itu, penulis tidak mendapat respon secara langsung
daripada pembaca. Wacana tulisan seringkali disunting terlebih dahulu bagi
menghasilkan tulisan yang berkualiti dan tepat. Dalam wacana tulisan, pembaca
perlu membaca teks yang ditulis untuk memahami maksud yang ingin disampaikan
oleh seseorang pengarang atau penulis.
Antara contoh wacana tulisan ialah
tulisan-tulisan yang terdapat di dalam akhbar, majalah dan buku. Rencana di
bawah adalah merupakan salah satu contoh wacana tulisan.
Contoh wacana tulisan : Rencana
Tajuk
: Masalah-masalah yang Dihadapi Akibat Kemasukan Pekerja Asing.
Oleh : Siti Aminah bt Kasim
Perkembangan ekonomi dalam tahun 80-an
dan tahun 90-an menyediakan peluang pekerjaan yang amat banyak hingga negara
tidak mempunyai tenaga buruh yang mencukupi. Fenomena ini menyebabkan negara
mengimport tenaga dari negara jiran. Sebaliknya, kemasukan tenaga buruh asing
menimbulkan pelbagai masalah sosial.
Kedatangan buruh asing secara
beramai-ramai yang tidak disaring latar belakang mereka membenarkan kemasukan
penjenayah yang datang untuk mencari kesempatan. Sungguhpun, sebahagian besar
daripada buruh asing ini datang untuk mencari rezeki terdapat pula mereka yang
berniat jahat. Justeru itu, berlakulah jenayah seperti pencurian, rompakan, dan
penipuan. Golongan jahat ini datang untuk mencari kesenangan dengan cepat. Oleh
itu, kejadian rompakan dan kecurian kerapkali berlaku di mana buruh asing ramai
didapati.
Rancangan menerima buruh asing digunakan
oleh sesetengah pihak untuk lari dari kampung halaman mereka. Mereka lari dari
tempat mereka kerana mereka melakukan jenayah. Apabila mereka datang ke sini
mereka mungkin bertemu dengan seteru lama mereka. Justeru itu, kita kerapkali
dikejutkan oleh pergaduhan dan pembunuhan di kalangan buruh asing terutama
sekali yang datang dari Indonesia dan Filipina.
Selain itu, di kalangan buruh asing itu
terdapat juga mereka yang datang bukan untuk makan gaji tetapi untuk berniaga.
Walaupun pada mulanya mereka bekerja tetapi setelah beberapa lama mereka
berniaga dengan membuka gerai. Mereka berniaga tanpa lesen dan kadang-kadang
bersaing dengan peniaga tempatqan. Oleh sebab overhed mereka rendah, mereka
berupaya menjual barang-barang mereka dengan murah. Kegiatan ini menimbulkan
pelbagai masalah kepada peniaga tempatan. Di samping itu, peniaga tempatan yang
tidak boleh bersaing meninggalkan tempat perniagaan mereka. Tindakan ini
menambah pula peniaga saing seperti di Chow Kit pada suatu ketika dahulu.
Di samping itu, terdapat pula golongan
buruh asing yang cuba menganut budaya tempatan sehingga mereka menjadi seperti
penduduk tempatan. Kebanyakan daripada mereka berkahwin dengan gadis-gadis
tempatan. Setelah mengumpulkan wang dengan banyak mereka balik ke negara asal
mereka dan meninggalkan anak-anak dan isteri mereka. Fenomena ini jika tidak
dikawal sudah pasti menimbulkan masalah sosial dan membebankan negara.
Rancangan jangka pendek untuk mengisi
kekosongan di kilang, tapak pembinaan, ladang-ladang, hotel, dan restoran
rupa-rupanya membawa masalah yang berat. Andainya, pengambilan buruh asing
berlanjutan maka kawalan yang ketat dan saringan yang teliti perlulah diambil
oleh pihak yang berwajib.
(+348 patah perkataan)
PENANDA
WACANA
Penanda wacana ialah perkataan ataupun
rangkaian perkataan yang berfungsi mempertalikan sesuatu idea, hujah dan
pandangan seseorang semasa menulis ataupun berucap. Penanda wacana amat penting
dalam sesebuah teks kerana penanda wacana dapat mewujudkan pertautan atau
kesinambungan antara sebahagian teks dengan yang lain sehingga membentuk
kesatuan.
Penanda wacana juga merupakan
unsur-unsur bahasa yang mewujudkan kohesi dan koheran antara satu teks dengan
teks yang lain sehingga membentuk kesatuan. Terdapat banyak jenis penanda
wacana dalam bahasa Melayu. Dalam bahasa Melayu terdapat lima jenis penanda
wacana, iaitu
7. Penanda Leksikal
Penanda leksikal ialah penanda yang
melibatkan pertautan antara perkataan atau frasa secara semantik (makna) dalam
sesebuah wacana. Penanda leksikal melibatkan unsur pengulangan kata dan
kebiasaannya pengulangan kata yang terlibat ialah pengulangan unsur yang sama,
pengulangan sinonim, hiponim dan kolokasi. Pengulangan unsur yang sama
bermaksud setiap kata diulang secara penuh tanpa melakukan sebarang perubahan.
Contohnya seperti:
Ibu amat menyayangi Ahmad.
Kami juga amat menyayanginya.
|
Dalam ayat di atas, berlaku
pengulangan secara penuh bagi perkataan menyayangi.
Pengulangan sinonim pula merujuk
kepada pengulangan kata yang mempunyai makna yang hampir sama seperti:
Suatu ketika dahulu wanita itu
amat dikaguminya.
Tetapi kini, wanita itu
dianggapnya sebagai perempuan murahan.
|
Perkataan wanita dan perempuan
merupakan pengulangan kata yang sinonim iaitu sama makna.
Pengulangan hiponim pula ialah
pengulangan yang melibatkan hubungan antara makna khusus dan makna yang umum
yang mana merangkumi makna yang khusus. Makna yang umum disebut sebagai
superordinat manakala makna khusus disebut sebagai hiponim. Contohnya ikan
merangkumi makna yang khusus seperti tenggiri, bawal, cencaru, selar dan
kembung.
Contohnya:
Malaysia telah mengimport
pelbagai jenis kereta dari luar negara. Antaranya Honda, Nissan, Toyota dan
Volvo.
|
Pengulangan kolokasi melibatkan
kehadiran sekumpulan kata yang saling berkait dengan sesuatu idea, topik,
situasi atau konteks. Lazimnya pengulangan kolokasi melibatkan hubungan
leksikal selingkungan seperti perkataan almari, meja dan kerusi dikatakan
sebagai perkataan yang berkolokasi kerana perkataan-perkataan ini mempunyai
lingkungan yang sama iaitu perabot. Selain itu pula, apabila kita mendengar
ungkapan tendangan percuma, kita akan menggambarkan situasi permainan bola
sepak, dengan kata lain tendangan percuma berkolokasi dengan permainan bola
sepak.
Contohnya:
Pembuangan sisa-sisa toksik ke
dalam sungai telah menyebabkan pencemaran air. Oleh itu, banyak ikan dan
udang yang mati.
|
Dalam ayat di atas, ikan dan
udang merupakan perkataan yang berkolokasi kerana mempunyai lingkungan yang
sama iaitu hidupan air.
8. Penanda rujukan
Penanda rujukan melibatkan
rujukan terhadap ganti nama diri dan ganti nama tunjuk. Rujukan ganti nama diri
melibatkan ganti nama diri orang pertama, kedua dan ketiga. Contoh rujukan
ganti nama diri adalah seperti yang berikut:
Aku, Sani dan Udin akan ke
Kuala Lumpur.
Kami bertolak pada pukul empat
petang.
|
Perkataan kami merupakan kata
ganti nama diri bagi aku, Sani dan Udin.
Kata ganti nama tunjuk ialah
perkataan yang membawa maksud menunjukkan benda atau perkara. Dalam bahasa
Melayu, penanda penunjuk terdiri daripada perkataan ini, itu, sini dan situ.
Contohnya:
Di manakah awak tinggal?
Saya tinggal di sana.
|
9. Penanda penghubung
Penanda penghubung berfungsi sebagai
penjalin unsur-unsur linguistik seperti perkataan, frasa atau ayat yang
terdapat dalam sesebuah wacana. Penanda penghubung terdiri daripada penghubung
tambahan, tentangan, musabab dan tempoh.
Penghubung tambahan merupakan penghubung
yang memberikan maklumat tambahan terhadap sesuatu perkara yang diperkatakan
sebelumnya. Antara penghubung tambahan dalam bahasa Melayu ialah dan, malahan,
tambahan pula, lebih-lebih lagi, di samping itu dan selanjutnya. Contohnya :
Tugasnya sebagai wartawan di salah
sebuah syarikat penyiaran benar-benar member pengalaman kepadanya kerana dia
sering diberikan tugasan di luar Bandar. Malahan dia juga berpeluang melawat
negara-negara luar seperti Thailand dan juga India untuk menjayakan rancangan
dokumentari itu.
Penghubung tentangan ialah penghubung
yang menunjukkan pertentangan maklumat antara suatu ayat yang baru diperkatakan
dengan ayat sebelumnya dalam sesebuah wacana. Antara contoh penanda penghubung
tentangan ialah tetapi, sebaliknya, namun dan walau bagaimanapun.
Contohnya :
Penghuni benua Amerika suatu
ketika dahulu bukanlah kaum kulit putih dan berambut perang. Sebaliknya,
mereka merupakan kaum yang berambut panjang dan hitam.
|
Penanda penghubung musabab ialah
penanda yang merupakan sebab berlakunya sesuatu. Contoh penanda musabab ialah
kerana, oleh sebab dan oleh itu.
Contohnya:
Dia kesuntukan masa. Oleh
sebab itu, dia perlu menyiapkan tugasannya secepat mungkin.
|
Penanda penghubung tempoh ialah
penanda penghubung yang menunjukkan urutan masa atau siri berlakunya sesuatu.
Contoh penanda penghubung tempoh ialah pertama, kedua, ketiga, kemudian,
selanjutnya dan sebagainya.
Contohnya:
Pada peringkat awal pendakian,
ramai di kalangan ahli kami yang kepenatan. Kemudian, kami berhenti rehat
untuk jangka waktu yang panjang dan selepas itu, kami teruskan pendakian.
Akhirnya, berbekalkan semangat juang yang tinggi kami berjaya sampai ke
puncak Gunung Kinabalu tepat jam 6.30 pagi.
|
1. Tambahan
dan, serta, lagi, tambahan lagi,
tambahan pula, selanjutnya, seterusnya, di samping.
2. Urutan
Pertama, kedua, seterusnya,
selepas itu, kemudian, kemudian daripada itu, akhirnya.
3. Penyataan semula
iaitu, yakni, dengan kata lain,
seperti yang diterangkan.
4. Contoh
contohnya, seperti, ibarat,
laksana, macam, umpama, bagai, bak kata, sebagai.
5. Rumusan
rumusannya, kesimpulannya,
sebagai kesimpulan, akhir kata, sebagai penyimpul kata
6. Tempat
berhampiran dengan, bersebelahan
dengan, bertentangan dengan.
7. Waktu
apabila, ketika, semasa,
kemudian, selepas, pada mulanya, lama-kelamaan, lambat-laun, akhirnya.
8. Sebab dan kesan
oleh itu, sebab itu, justeru
itu, fasal, lantaran, jadi, dengan itu.
9. Bandingan
seperti juga, serupa dengan,
sesuai dengan, sama juga dengan.
10. Pertentangan
tetapi, sebaliknya, sungguhpun,
walau bagaimanapun, namun begitu, bertentangan dengan.
11. Pengesahan
sebenarnya, sesungguhnya,
sewajarnya, tentulah, pastilah, sememangnya.
10. Penanda penggantian.
Penggantian ini dikenali sebagai
Substitution. Penggantian adalah pengambilan alihan atau pertukaran bagi
sesuatu segmen kata, frasa atau klausa oleh kata ganti yang lainnya.
Penanda penggantian terdiri daripada
penanda penggantian nominal, verbal dan klausal. Penggantian nominal ialah
penggantian yang dilakukan terhadap kata nama tau frasa nama, manakala
penggantian verbal melibatkan penggantian terhadap kata atau frasa kerja dan
penggantian klausa pula melibatkan penggantian sebahagian daripada ayat.
Contohnya :
Saya sengaja tidak mahu
menebang pokok durian itu.
Nanti baru saya lakukan.
|
Dalam contoh di atas, perkataan
lakukan menggantikan sebahagian ayat sebelumnya, iaitu menebang pokok durian
itu. Penggantian seperti ini merupakan penggantian klausa.
11. Elipsis
Elipsis melibatkan pengguguran
kata atau frasa yang telah dinyatakan dalam ayat sebelumnya. Ini beerti
pengguguran kata atau frasa melibatkan maklumat yang telah diketahui oleh
pembaca atau pendengar berdasarkan konteksnya.
Contoh 1 :
Pemuda itu kelihatan resah.
Tidak tahu arah mana yang harus
ditujunya.
|
Dalam contoh di atas, frasa
pemuda itu tidak diulang dalam ayat kedua. Walaupun ayat kedua tidak menyatakan
unsur yang sama seperti ayat pertama, tetapi ayat kedua ini masih difahami.
Contoh 2 :
Ah Meng suka baju berwarna
merah.
Adiknya suka baju putih.
|
Dalam ayat (1) di atas perkataan
tidak diulang dalam ayat (2). Walaupun dalam ayat pertama dan kedua menyatakan
unsur yang sama iaitu unsur warna tetapi kedua-dua ayat tersebut masih boleh
difahami.
·
Jenis
elipsis.
Terdapat tiga jenis elipsis ,
iaitu
a) Pengguguran nomina
Contoh :
A: " Kita ini perlu anak.
Tau anak! Adanya anak akan lebih bererti hidup …"
B: "Kenapa diungkit-ungkit
juga soal ^ itu?"
(Leman Ahmad. 1984: 24)
b) Pengguguran verbal
Contoh :
A: "Pernahkah kamu menaiki
beca dan basikal?"
B: "ya, pernah ^ "
(Tarigan, H.G. 1995:166)
c) Pengguguran klausa
Contoh :
Guru: "Apakah kamu mahu
mendapat biasiswa dari kerajaan?"
Pelajar: "Ya tentu"
(Tarigan, H.G. 1995:147)
KEUTUHAN
WACANA
Keutuhan wacana adalah satu aspek yang
sangat penting kerana ia menentukan apakah sesuatu itu boleh dianggap sebagai
wacana atau hanya merupakan kumpulan ayat yang tidak teratur. Melaluinya juga
kita dapat memahami hubungan bahasa dengan alam di luar bahasa secara lebih
mendalam.
Satu aspek penting dalam analisis
wacana ialah keutuhan wacana. Dengan menganalisis keutuhan wacana kita dapat
menentukan sama ada sesuatu teks itu sebuah wacana atau hanya sekumpulan ayat
yang tidak teratur. Melalui analisis keutuhan wacana juga kita dapat pula
memahami hubungan bahasa dengan alam di luar bahasa secara lebih mendalam.
Merujuk kepada kebulatan dan kesepaduan
esei. Dicirikan oleh sifat kohesi dan koheren. Kohesi merujuk kepada idea atau
isi esei yang dijalin rapi hingga menjadi bersepadu. Koheren merujuk
kesinambungan ayat-ayat dan merujuk perenggan-perenggan yang membawa idea-idea
tertentu. Keutuhan wacana bertujuan bagi menentukan sesebuh wacana itu
berkualiti atau tidak. Ia dapat dilihat daripada hubungan bahagian-bahagian
dalam wacana daripada segi semantik, leksikal, gramatik dan fonologi.
·
Hubungan
Dari Segi Aspek Semantik
Jalinan makna di antara satu
ayat dengan ayat lain atau perenggan-perenggan lain.
a) Hubungan sebab dan akibat:
Dia sangat malas. Dia bodoh.
b) Hubungan sebab dan hasil:
Ali rajin bekerja. Dia kaya.
c) Hubungan sebab dan tujuan:
Hassan berpakaian kemas. Dia
mahu memikat Aminah.
d) Hubungan syarat dan hasil:
Kita mesti rajin berusaha.
Kerajinan menjamin kejayaan.
e) Hubungan latar dan
kesimpulan:
Lagu itu sungguh enak didengar.
Sebenarnya M.Nasir yang menciptanya.
f) Hubungan perbandingan:
Hasnah cantik. Kakaknya lebih
cantik lagi.
g) Hubungan sampingan:
Saya sudah membuat kerja rumah.
Saya letih jadi saya hendak tidur.
h) Hubungan memperkuat isi:
Sungguh cantik gadis itu. Rambut
ikal mayang, berlesung pipit dan berhidung mancung.
·
Hubungan
Dari Segi Aspek Fonologi
Dilihat daripada segi hentian
suara, nada suara dan intonasi suara. Ini dapat menimbulkan hubungan semantik
di antara bahagian wacana. Intonasi suara berperanan penting sebagai penanda
dan pemisah frasa dan pembeza struktur ayat, contohnya seperti ayat di bawah:
a. Malaysia negara yang aman.
b. Negara yang aman, Malaysia.
(ayat penyata)
c. Aman negara Malaysia?. (ayat
tanya)
·
Hubungan
Dari Segi Leksikal
Hubungan wacana berdasarkan
pemilihan dan penggunaan perkataan yang sesuai dengan makna yang ingin
disampaikan.
i. Antonim:
Pemuda harapan bangsa. Pemudi
tiang negara.
ii. Sinonim”
Ali seorang yang rajin.
Kegigihannya belajar membolehkan dia melanjutkan pelajaran ke universiti.
iii. Hiponim:
Dia menanam pokok melur,
cempaka, bunga raya dan bunga kertas di halaman rumahnya. Jadi halaman rumahnya
nampak indah dengan pokok-pokok bunga tersebut.
iv. Himonim:
Bukit yang aku daki sebentar
tadi sangat tinggi. Aku bersa sangat letih kerana mengeluarkan banyak peluh
sehingga badanku dipeluhi dengan daki.
·
Hubungan
Dari Segi Tatabahasa
Wacana berkualiti mesti
memperlihat hubungan berdasarkan binaan tatabahasa. Ini dapat dilihat daripada
penggunaan penanda gramatik seperti:
a. Kata hubung: menghubungkan di
antara ayat dengan ayat atau perenggan dengan perenggan yang lain.
i. Berfungsi sebagai
penghuraian:
Seterusnya, selain itu, pada
sudut yang lain dan sebaliknya.
ii. Berfungsi sebagai
pengembangan idea:
Seperti, dan, tetapi, oleh itu,
kerana dan dengan.
iii. Berfungsi sebagai
penambahan:
Sebelum, selepas, kemudian,
berikutnya, pada masa dan ketika itu.
b. Kata rujukan: kata yang boleh
menggantikan sesuatu sama ada benda atau manusia.
i Kata ganti nama:
Saya, dia, mereka, kami, kita,
itu, ini dan siapa.
c. Peleburan dan penggantian:
untuk mengelakkan pengulangan terhadap sesuatu maklumat daripada penyataan yang
diberikan.
Contoh:
Ali menendang bola dengan laju
manakala Hassan menendang dengan perlahan.
|
KESIMPULAN
Wacana ialah unit bahasa yang melebihi
batas ayat. Wacana mempunyai ciri-ciri yang terdiri daripada tujuh tahap
ketekstualan, iaitu tautan, runtutan, tujuan, penerimaan, maklumat, keadaan dan
juga interteks. Selain itu, penanda wacana pula terdiri daripada lima jenis
yang disebut sebagai penanda leksikal, rujukan, penghubung, penggantian dan
juga ellips.
Wacana juga terbahagi kepada dua jenis
iaitu wacana jenis lisan dan wacana jenis tulisan. Wacana jenis lisan merupakan
wacana yang melibatkan antara penutur dan juga pendengar. Sebagai contohnya
ialah seorang guru yang bertanya kepada muridnya kenapa tidak hadir ke kelas.
Manakala wacana tulisan pula ialah wacana yang melibatkan bidang penulisan.
Sebagai contohnya ialah surat rasmi yang ditulis kepada kerajaan, laporan, memo
dan sebagainya.
Wacana bukan sekadar diperingkat ayat,
malahan meliputi perenggang, bab, buku dan siri buku. Tujuh ciri ketekstualan
perlu dipenuhi untuk menghasilkan wacana yang baik sama ada dalam penghasilan
penulisan atau pengucapan. Sesebuah wacana yang baik perlu memperlihatkan
pertautan dan kesinambungan idea. Pertautan dan kesinambungan idea ini bukan
sekadar antara ayat dengan ayat atau antara satu perenggang dengan satu
perenggang, bahkan dari satu bab dengan bab yang lain. Hal ini penting untuk
memperlihatkan kesatuan bagi menghasilkan wacana yang utuh.
Wacana juga penting bagi menghasilkan
kerja yang bermutu selain daripada boleh menyempurnakan sesuatu perkara.
Sebagai contohnya, dengan menggunakan wacana yang betul melalui percakapan
seseorang itu akan menyebabkan seseorang itu akan dihormati oleh orang lain.
Hal ini kerana seseorang itu mampu mempamerkan kesungguhannya menggunakan
bahasa dengan betul ketika bercakap.
Sumber:
Sumber:
http://gurubahasamelayu.blogspot.my/2009/07/wacana-bahasa-melayu.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan