Assalamualaikum dan salam
sejahtera...
Blog
ini dihasilkan bagi memenuhi kehendak tugasan
Kursus Analisis Wacana (BML3092). Blog ini mengandungi nota-nota ringkas
yang berkaitan dengan ilmu-ilmu wacana. Blog ini dihasilkan oleh
pelajar-pelajar Kursus Analisis Wacana di Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI). Kami telah mendapat bimbingan penuh oleh pensyarah yang berpengalaman
dalam bidang bahasa iaitu Profesor Madya Dr. Mohd Rashid bin Md Idris.
Terima kasih diucapkan kepada
pensyarah kami yang telah banyak memberi tunjuk ajar semasa kami menyiapkan
blog ini. Beliau merupakan seorang pensyarah yang sangat baik hati dan sentiasa
memberi nasihat dan dorongan kepada kami dalam menyiapkan blog ini. Profesor
Madya Dr. Mohd Rashid bin Md Idris juga merupakan seorang pensyarah yang tidak
lokek dengan ilmu yang beliau miliki. Tidak lupa juga dengan rakan-rakan
seperjuangan yang turut membantu dalam proses pembinaan blog ini. Tanpa mereka
semua, blog ini mungkin tidak dapat disempurnakan dengan baik.